Rabu, 15 Julai 2009

Perlembagaan Persatuan

PERLEMBAGAAN
PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK WAKAF TEMBUSU (PBPSMTWT)

FASAL 1 NAMA
(1) Persatuan ini dikenali dengan nama PERSATUAN BEKAS PELAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK WAKAF TEMBUSU (PBPSMTWT)

Selepas ini disebut “Persatuan”.
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
(2) Alamat dan tempat berurusan Persatuan ialah:
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK WAKAF TEMBUSU
21000 KUALA TERENGANU, TERENGGANU.
atau di tempat lain yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh jawatankuasa, dan alamat surat menyurat adalah menggunakan alamat diatas.
Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Persatuan terlebih dahulu.
FASAL 3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
(a) (Jika Persatuan bercadang hendak menggunakan bendera, lambang, lencana atau simbol-simbol lain, huraian mengenai rekabentuk dan warnanya hendaklah dinyatakan dengan jelas dan tepat).

(b) Contoh simbol-simbol itu yang berwarna hendaklah dilampirkan.




FASAL 4 TUJUAN DAN OBJEKTIF
Persatuan ini bukan satu badan politik dan tidak memihak pada mana-mana badan politik, yang bertujuan :
(a) Menyatukan bekas pelajar dan tenaga pengajar serta bekas kakitangan Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu.

(b) Membina jaringan antara ahli persatuan bagi manfaat sumber demi kepentingan para ahli persatuan.

(c) Member bantuan, khidmat nasihat dan kemudahan serta pertolongan yang wajar dari semasa ke semasa kepada pelajar dan golongan yang kurang bernasib baik.

(d) Menganjurkan seminar, kursus dan program untuk meningkatkan tahap pembelajaran dan kedudukan ekonomi, termasuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan atau lain-lain kegiatan ekonomi yang difikirkan sesuai dari semasa ke semasa.

(e) Mengadakan kegiatan-kegiatan riadah, kebudayaan dan kebajikan bagi kepentingan ahli-ahli dan kelauarga.
FASAL 5 KEAHLIAN
(1) Keahlian persatuan adalah terbuka kepada semua bekas pelajar dan bekas guru/kakitangan sekolah, berwarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan keatas. Jenis keahlian adalah terdiri daripada:-

(a) Ahli Biasa
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 18 tahun dan keatas;
iii. Bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu;

(b) Ahli Seumur Hidup
i. Ahli Biasa; dan
ii. Membayar yuran keahlian seperti ditetapkan di dalam Fasal 6.

(c) Ahli Bersekutu
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 18 tahun dan keatas;
iii. Bekas guru/kakitangan Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu ;

(2) Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah sebagai ahli.

FASAL 6 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN
(1) Bayaran pendaftaran menjadi ahli ialah sebanyak RM dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:-

i. Ahli Biasa
1. Yuran Tahunan = RM

ii. Ahli Seumur Hidup
1. Yuran Ahli =RM

iii. Ahli Bersekutu
1. Bayaran Ahli (dibayar sekali sahaja seumur hidup, dan tiada bayaran pendaftaran =RM

(2) Yuran masuk dan yuran ahli hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 3 bualan dari tarikh ia diterima menjadi ahli.

(3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih dari enam bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha atau wakilnya dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan.

(4) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih dari setahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli persatuan dan jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapanya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan hutangnya terlebih dahulu.

(5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
(6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli-ahli yang mungkir membayar yuran tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang.
FASAL 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
(1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah member kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh jawatankuasa. Sebelum jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 8 MESYUARAT AGUNG
(1) Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

(2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang baru( tidak lebih 30 hari) yang ditetapkan oleh jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam waktu yang ditetapkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Persatuan atau membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan denga secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh jawatankuasa, kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:-
a. Menerima laporan jawatankuasa berkenaan perjalanan Persatuan di dalam tahun lalu;

b. Menerima laporan bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu;

c. Memilih ahli-ahli jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk 2 tahun yang akan datang; dan

d. Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyurat itu.

(4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Mesyurat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Persatuan.

(5) Mesyuarat agung khas bagi persatuan ini boleh diadakan:-

a. Bila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa atau
b. Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan.

(6) Mesyuarat agung khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaa surat itu.

(7) Pengumuman dan agenda untuk mesyuarat agung khas hendaklah diedarkan oleh Setiausaha agung kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

(8) Fasal 8(1) dan 8(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah digunakan untuk mesyuarat agung khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi mesyuarat agung khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa enam bulan dari tarikh tersebut, mesyuarat agung khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama boleh diadakan.

(9) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf peringatan tiap-tiap mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat tersebut.
FASAL 9 JAWATANKUASA
(1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
Seorang Pengerusi
Seorang Timbalan Pengerusi
Seorang Naib Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
Seorang Penolong Bendahari
Enam orang Ahli Jawatankuasa Biasa
(2) Pemegang-pemegang jawatan pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
(3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Pada setiap satu masa, tiap-tiap seorang pengundi hanya berhak membuat satu undian. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap satu tahun.
(4) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
(5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari teriebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi megesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
(6) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempumakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima.
(7) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa.
(a) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasamestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu,
(b) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. dan
(c) Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.
(8) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.
(9) Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
(10) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
(11) Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

FASAL 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
(1) Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempumaan perjalanan semua mesyuarat. la mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.
(2) Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
(3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kawangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. la hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 28 hari dan tarikh Msyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1966.
(4) Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
(5) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.
(6) Penolong Bendahari hendaklah menolong bendahari menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan bendahari.
(7) Ahli Jawatankuasa biasa hendaklah menbantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 11 KEWANGAN
(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah pemeriksa kira-kira. Walau bagaimandpun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
(2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.
(3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.
(4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Seribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari.
(5) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan berdaftar Pertubuhan.
(6) Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.

FASAL 12 PEMERIKSA KIRA-KIRA
(1) Dua orang yang bukannya Pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula.
(2) Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada jawatankuasa.

FASAL 13 PENGAMANAH
(1) Tiga orang yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. Semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).
(2) Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hakmilik harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung Pertubuhan.
(3) Seseorang pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan, bagi seorang Pengamanah maka kekosohgan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru yang dilantik di dalam mesyuarat agung.

FASAL 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
(1) Di antara beriangsungnya mesyuarat agimg, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustaka, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini
(2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

FASAL 15 PENASIHAT/PENAUNG
Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

FASAL 16 LARANGAN
(1) Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Septiluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker's game, permainan video dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.
(2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959; (3) Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.
(3) "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

FASAL 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG
Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 18 PEMBUBARAN
(1) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
(2) Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
(3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.