Selasa, 24 Ogos 2010

Lanjutan Bayaran

Salam...

Atas permintaan ramai, bayaran dilanjutkan sehingga Sabtu 28hb Ogos 2010.
Sila rujuk entri sebelum untuk proses pembayaran

Sekian..

Selasa, 17 Ogos 2010

Reunion Terbesar Alumni SMTWT 2010


Program : Reunion Alumni SMTWT/SMVKT a.k.a Sambutan Hari Raya
Tarikh : 13 September 2010 / 4 Syawal 1431 Hijrah - Isnin
Masa : 11 A.M - 3 P.M
Lokasi : Dewan Besar SMTWT
Bayaran : RM30.00 (Dewasa)
RM10 (Kanak-kanak 9-16 tahun)
- Makan sampai kenyang / bufet
- Sumbangan ikhlas dialukan

* Alumni dan ahli keluarga sahaja

Salam Ramadhan...

Kami wakil dari warga alumni dan pihak sekolah telah merangka dan mengalu-alukan semua alumni untuk berkumpul dan meraikan majlis sambutan hari raya bersama-sama di Dewan Sekolah kita iaitu SMTWT pada 13 September 2010 bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah. Program kali ini bertujuan untuk beramah mesra dan merapatkan hubungan sesama alumni lebih-lebih lagi kepada alumni generasi terawal dan terkini. Sehubungan dengan itu, ahli yang berminat sila sahkan kehadiran anda pada / sebelum 28 Ogos 2010 bagi memudahkan urusan tempahan makanan dan lain-lain dilakukan lebih awal.

Pengesahan kehadiran akan dikemaskinikan selepas pembayaran dilakukan melalui mesin ATM atau Maybank2u ke akaun berikut pada atau sebelum 28 Ogos 2010 (Sabtu) :

MOHAMAD SHAWAL SAPUAN MOHAMAD, No. 163019449375(Maybank)

Selepas membuat pembayaran, sila nyatakan:
1) Nama Penuh
2) No Ic
3) No telefon
4) Cara Bayaran & Jumlah
5) Masa Bayaran
dan hantar ke bob.shawal@gmail.com / 0133660834.

#Bayaran tidak akan dipulangkan sekiranya ahli menarik diri di saat-saat akhir

"Jom Kembali Ke Sekolah"

Sabtu, 31 Julai 2010

Blog Alumni Berwajah Baru

Salam Semua...

Kini blog alumni SMTWT dalam proses untuk dinaiktaraf kepada lebih mesra pengguna. Sebarang cadangan boleh diajukan kepada admin melalui komen atau di facebook.

Diharap para alumni semua dapat terus menyokong segala aktiviti yang alumni akan anjurkan. InsyaAllah program terdekat ialah Reunion Alumni SMTWT yang mensasarkan penglibatan kesemua bekas pelajar SMTWT.

Program akan diadakan di Dewan SMTWT pada hari Raya Ke-4. Bayaran yang dikenakan hanyalah RM30 per satu kepala. Semoga anda semua dapat lapangkan diri dan hadir pada majlis tersebut.


Isnin, 26 April 2010

Perjumpaan Tahun 2010

Satu Perjumpaan bagi bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu / Sekolah Menengah Vokasional Kuala Terengganu akan diadakan sebagaimana berikut.

Tarikh: Hari Raya ke 4 tahun 2010
Tempat : Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu, Jalan Tengku Omar , 21300 Kuala Terengganu

Pendaftaran dibuka mulai sekarang.. Kepada yang berminat boleh berhubung terus dengan cikgu mohd sobri ditalian 019-9966767 untuk tempahan..