Buat masa ini semua persiapan untuk pendaftaran dengan ROS sedang giat dijalankan. InsyaAllah dalam masa yang terdekat ini saya cuba sedaya mungkin untuk menjayakan pendaftaran ini.Selepas proses ini selesai kita akan adakan mesyuarat agong kali pertama dan membuat pemilihan ahli jawatan kuasa yang baru. Saya benar-benar berharap agar mendapat sambutan yang baik dari ahli-ahli semua.
9w2cri
Jumaat, 5 Disember 2014
Kolej Vokasional Wakaf Tembesu
Nama sekolah ini bertukar lagi menjadi Kolej Vokasional Wakaf Tembesu selaras dengan terwujudnya daerah baru iaitu daerah Kuala Nerus...
Isnin, 16 Januari 2012
Kolej Vokasional Kuala Terengganu
Nama sekolah ini sekali lagi bertukar.
kali ini dikenali dengan Kolej Vokasional kuala Terengganu
Banyak perubahan berlaku selaras dengan transformasi pendidikan vokasional.
Keadaan ini disebabkan urutan dari transformasi pendidikan negara.
9w2cri
kali ini dikenali dengan Kolej Vokasional kuala Terengganu
Banyak perubahan berlaku selaras dengan transformasi pendidikan vokasional.
Keadaan ini disebabkan urutan dari transformasi pendidikan negara.
9w2cri
Selasa, 24 Ogos 2010
Lanjutan Bayaran
Salam...
Atas permintaan ramai, bayaran dilanjutkan sehingga Sabtu 28hb Ogos 2010.
Sila rujuk entri sebelum untuk proses pembayaran
Sekian..
Selasa, 17 Ogos 2010
Reunion Terbesar Alumni SMTWT 2010

Program : Reunion Alumni SMTWT/SMVKT a.k.a Sambutan Hari Raya
Tarikh : 13 September 2010 / 4 Syawal 1431 Hijrah - Isnin
Masa : 11 A.M - 3 P.M
Lokasi : Dewan Besar SMTWT
Bayaran : RM30.00 (Dewasa)
RM10 (Kanak-kanak 9-16 tahun)
- Makan sampai kenyang / bufet
- Sumbangan ikhlas dialukan
* Alumni dan ahli keluarga sahaja
Salam Ramadhan...
Kami wakil dari warga alumni dan pihak sekolah telah merangka dan mengalu-alukan semua alumni untuk berkumpul dan meraikan majlis sambutan hari raya bersama-sama di Dewan Sekolah kita iaitu SMTWT pada 13 September 2010 bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah. Program kali ini bertujuan untuk beramah mesra dan merapatkan hubungan sesama alumni lebih-lebih lagi kepada alumni generasi terawal dan terkini. Sehubungan dengan itu, ahli yang berminat sila sahkan kehadiran anda pada / sebelum 28 Ogos 2010 bagi memudahkan urusan tempahan makanan dan lain-lain dilakukan lebih awal.
Pengesahan kehadiran akan dikemaskinikan selepas pembayaran dilakukan melalui mesin ATM atau Maybank2u ke akaun berikut pada atau sebelum 28 Ogos 2010 (Sabtu) :
MOHAMAD SHAWAL SAPUAN MOHAMAD, No. 163019449375(Maybank)
1) Nama Penuhdan hantar ke bob.shawal@gmail.com / 0133660834.
2) No Ic
3) No telefon
4) Cara Bayaran & Jumlah
5) Masa Bayaran
#Bayaran tidak akan dipulangkan sekiranya ahli menarik diri di saat-saat akhir
"Jom Kembali Ke Sekolah"
Sabtu, 31 Julai 2010
Blog Alumni Berwajah Baru
Salam Semua...
Kini blog alumni SMTWT dalam proses untuk dinaiktaraf kepada lebih mesra pengguna. Sebarang cadangan boleh diajukan kepada admin melalui komen atau di facebook.
Diharap para alumni semua dapat terus menyokong segala aktiviti yang alumni akan anjurkan. InsyaAllah program terdekat ialah Reunion Alumni SMTWT yang mensasarkan penglibatan kesemua bekas pelajar SMTWT.
Program akan diadakan di Dewan SMTWT pada hari Raya Ke-4. Bayaran yang dikenakan hanyalah RM30 per satu kepala. Semoga anda semua dapat lapangkan diri dan hadir pada majlis tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)